Sinopsis : Mustaqim tidak percaya cinta tetapi hatinya melekat pada Siratul, gadis desa dengan jiwa yang kuat dan tangguh. Siratul bahkan berhasil membujuk Mustaqim untuk mengesampingkan egonya dan memperbaiki hubungannya dengan ayahnya yang terasing. Namun cinta Mustaqim dan Siratul dicurigai karena ibu tiri Mustaqim, Melissa yang terobsesi dengannya. Mustaqim akan melakukan apa saja untuk memastikan pernikahannya dengan Siratul tetap kuat dan tidak ternoda.
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ianya menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.
“Kau sindir aku lagi, kan?” – Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul
Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.
“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” – Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” – Siratul
Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.
“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau! – Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” – Mustaqim
Mustaqim bingung. Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.
Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.
“Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” – Siratul
Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.
“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” – Melisa
“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…” Siratul
“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” – Mustaqim
Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namun, adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bila perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.